Sunday, April 12, 2009

Kittatik #1 - 12 April 2009: PAS dan Lagu...

- Sedutan kata2 Nik Aziz di dalam Utusan Malaysia bertarikh 12 April 2009. Kata2 Nik Aziz ini di petik ketika sidang media selepas Majlis Perhimpunan Belia sempena sambutan Jubli Emas Dewan Pemuda Pas Kelantan di Kota Bharu pada 11 April 2009.


- Antara kata Nik Aziz:................, bagi menyampaikan mesej keislaman masyarakat tidak perlu bergantung kepada golongan ulama dan tok guru semata-mata kerana penyanyi rock juga berupaya menyampaikan mesej yang sama.
"Kumpulan artis juga mempunyai tanggungjawab menegakkan Islam melalui acuan masing-masing. Misalnya apabila mereka berkarya, selit-selitkan bait ketuhanan kepada khalayak," katanya.


- Apa yang ingin saya katakan, PAS suatu masa dahulu begitu "benci" pada artis-artis Malaysia serta rancangan hiburan berupa nyanyian. Ketika saya berada universiti sekitar awal 90-an, golongan pelajar yang anuti PAS sering membuat demonstrasi setiap kali ada artis tertentu datang untuk membuat persembahan. Mereka ini jelas melakukannya seiring dengan seruan pemimpin PAS ketika itu yang amat tidak senang hati dengan pihak artis serta kegiatan hiburan samada di kampus atau di luar kampus.

- Ada sekumpulan artis yang ketika itu mempunyai imej yang bersih seperti Sudirman, Zainal Abidin, M Nasir dan ramai lagi yang selalu mendendangkan lagu2 bersifat patriotik, ketuhanan, kemanusian serta mengenai alam sering menjadi sasaran golongan yang gemar berdemonstrasi ini. Saya sendiri pernah menyaksikan demonstrasi di universiti yang saya hadiri. Memang mengerikan bila melihat puak-puak ini ketika itu.

- Pada mereka ketika itu apa sahaja genre muzik adalah haram...saya ulangi "HARAM". Banyak artikel yang di terbitkan oleh mereka ini mengenai hukuman mereka kepada muzik.

- Tetapi kini di zaman millenium, cukup jarang sekali saya menyaksikan demonstrasi sebegitu dimana2 konsert diadakan termasuk di kampus...kenapa? Adakah pihak universiti kini tidak lagi membenarkan konsert artis popular di kampus? (Setelah bekerja, saya jarang sekali ambil tahu kegiatan di universiti)...atau adakah kumpulan pelajar pro PAS kini semakin terbuka dengan nilai hiburan seperti mana kerajaan PAS Kelantan pimpinan Nik Aziz yang semakin terbuka dan menerima hiburan terutama yang mempunyai nilai ketuhanan dan kemanusiaan...(masih ingat saya pada konsert Mawi dan M Nasir di Kota Bharu beberapa tahun yang lalu).

- Yang terbaru adalah pada majlis anjuran Pemuda PAS Kelantan ini....Pada majlis tersebut, Amy dan Renggo atau nama sebenarnya Mohd. Zain Ramli, penyanyi utama kumpulan Arrow telah menyampaikan beberapa buah lagu "popular" mereka.

- Pada saya, satu lagi kesimpulan....PAS semakin terbuka dan merapatkan jurang perbezaan dengan UMNO.

No comments: