Sunday, April 12, 2009

Kittatik #2: PAS dulu dan sekarang - Sekarang yang menghampiri UMNO

- PAS dulu kata "haram" bekerjasama dengan golongan kafir....tapi kini mereka memeluk DAP.

- PAS dulu melarang wanita bertanding dalam pilihanraya....tapi kini "ok" atau "boleh".

- PAS dulu (zaman saya di sekolah menengah dan berkawan dengan rakan2 dari keluarga PAS) kutuk melayu UMNO sebab pakai tie dan kot dan gelar mereka setaraf kafir (golongan PAS ketika itu kebanyakan berjubah dan berketayap)..tapi kini cewah, segak bergaya dengan kot dan tie.

- PAS dulu anti muzik dan konsert..muzik itu "HARAM" kata mereka dan masih terngiang2 di telinga saya, tapi kini kata mereka muzik dan konsert adalah antara medium terbaik untuk berdakwah...."muzik" yang dulu "HARAM" boleh asalkan diselitkan unsur ketuhanan dan kemanusiaan.

- PAS dulu hanya untuk di pimpin oleh ulamak berpendidikan ugama, kini untuk semua golongan..(walaupun masih ada veteran PAS yang mempertahankan pendirian lama).

- PAS dulu tidak materialistik, kini gah dengan barangan mewah (baik pemimpin, mahupun pengikut).

- PAS dulu hentam UMNO sebab benarkan penjualan arak dan judi, kini mereka berkuasa tapi tiada tindakan.

- Pada saya PAS semakin merapatkan jurang perbezaan dengan UMNO....syabas atau terbabas. Kita lihat 10, 20 atau 30 tahun lagi.

- Kasihan saya pada sahabat2 saya di sekolah serta di universiti dahulu yang terpengaruh dengan dakyah PAS seperti di atas
1) Sanggup berdemonstrasi menentang konsert...(kini PAS sendiri berkonsert)
2) Anggap UMNO tak islamik sebab berpakat dengan Cina dan India menjatuhkan PAS...
3) Anggap UMNO tak islamik sebab menjual maruah wanita kerana menjadi calon ADUN % Parlimen....
4) Anggap UMNO tak islamik sebab benarkan penjualan arak dan judi....
5) macam222 (akan update bila ada masa..walaupun memakan masa 10, 20 atau 30 tahun)

Kittatik #1 - 12 April 2009: PAS dan Lagu...

- Sedutan kata2 Nik Aziz di dalam Utusan Malaysia bertarikh 12 April 2009. Kata2 Nik Aziz ini di petik ketika sidang media selepas Majlis Perhimpunan Belia sempena sambutan Jubli Emas Dewan Pemuda Pas Kelantan di Kota Bharu pada 11 April 2009.


- Antara kata Nik Aziz:................, bagi menyampaikan mesej keislaman masyarakat tidak perlu bergantung kepada golongan ulama dan tok guru semata-mata kerana penyanyi rock juga berupaya menyampaikan mesej yang sama.
"Kumpulan artis juga mempunyai tanggungjawab menegakkan Islam melalui acuan masing-masing. Misalnya apabila mereka berkarya, selit-selitkan bait ketuhanan kepada khalayak," katanya.


- Apa yang ingin saya katakan, PAS suatu masa dahulu begitu "benci" pada artis-artis Malaysia serta rancangan hiburan berupa nyanyian. Ketika saya berada universiti sekitar awal 90-an, golongan pelajar yang anuti PAS sering membuat demonstrasi setiap kali ada artis tertentu datang untuk membuat persembahan. Mereka ini jelas melakukannya seiring dengan seruan pemimpin PAS ketika itu yang amat tidak senang hati dengan pihak artis serta kegiatan hiburan samada di kampus atau di luar kampus.

- Ada sekumpulan artis yang ketika itu mempunyai imej yang bersih seperti Sudirman, Zainal Abidin, M Nasir dan ramai lagi yang selalu mendendangkan lagu2 bersifat patriotik, ketuhanan, kemanusian serta mengenai alam sering menjadi sasaran golongan yang gemar berdemonstrasi ini. Saya sendiri pernah menyaksikan demonstrasi di universiti yang saya hadiri. Memang mengerikan bila melihat puak-puak ini ketika itu.

- Pada mereka ketika itu apa sahaja genre muzik adalah haram...saya ulangi "HARAM". Banyak artikel yang di terbitkan oleh mereka ini mengenai hukuman mereka kepada muzik.

- Tetapi kini di zaman millenium, cukup jarang sekali saya menyaksikan demonstrasi sebegitu dimana2 konsert diadakan termasuk di kampus...kenapa? Adakah pihak universiti kini tidak lagi membenarkan konsert artis popular di kampus? (Setelah bekerja, saya jarang sekali ambil tahu kegiatan di universiti)...atau adakah kumpulan pelajar pro PAS kini semakin terbuka dengan nilai hiburan seperti mana kerajaan PAS Kelantan pimpinan Nik Aziz yang semakin terbuka dan menerima hiburan terutama yang mempunyai nilai ketuhanan dan kemanusiaan...(masih ingat saya pada konsert Mawi dan M Nasir di Kota Bharu beberapa tahun yang lalu).

- Yang terbaru adalah pada majlis anjuran Pemuda PAS Kelantan ini....Pada majlis tersebut, Amy dan Renggo atau nama sebenarnya Mohd. Zain Ramli, penyanyi utama kumpulan Arrow telah menyampaikan beberapa buah lagu "popular" mereka.

- Pada saya, satu lagi kesimpulan....PAS semakin terbuka dan merapatkan jurang perbezaan dengan UMNO.